Saturday 9 February 2019

Penjawat Awam Khianati Kerajaan PH..

Penjawat awam yang secara sengaja tidak melaksanakan arahan kerajaan baru wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Mohamed Arshad Raji.

Mohamed yang merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi berkata semua penjawat awam harus mendukung usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memulihkan keadaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan terdahulu.

"Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa masih terdapat pegawai kementerian dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu.

"Aktiviti dan tindak tanduk mereka yang melambat-lambatkan kerja termasuk juga yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang memerintah amatlah mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Napoleon kecil juga wujud di kalangan penjawat awam di pelbagai kementerian serta di kerajaan tempatan.

"Sesiapa pun, tanpa mengira status dan kedudukan perkhidmatan awam mereka, didapati secara sengaja atau secara tidak sengaja tidak melaksanakan arahan kerajaan baru harus menghadapi tindakan disiplin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed turut menyatakan beberapa menteri juga melahirkan kekecewaan mereka apabila berurusan dengan penjawat awam yang menjerat kaki mereka.

"Kerajaan baru kita mempunyai banyak usaha untuk meletakkan perkara yang betul. Oleh itu, semua penjawat awam perlu henti mengamalkan sikap kerja yang tidak masuk akal," katanya

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP