Monday 22 April 2013

Akhirnya Mat Taib Secara Rasmi Sertai PAS


(Tan Sri Mohamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.


Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Sebelum ini, menurut beberapa saksi, Muhammad dikatakan sudah banyak bertaubat dari dosa-dosanya yang lalu dan sering berada di kuliah agama dan masjid sejak beberapa tahun lalu, namun pegawainya meminta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Ini bagi menjaga nama Muhammad yang pernah terpalit dengan skandal lama termasuk isu wang tunai 19 kilogram ketika ditahan di Lapangan Terbang Sydney, Australia pada 1998.

Muhammad juga sudah lama berjinak-jinak dengan PAS tetapi mahu perkara itu tidak disensasikan juga kerana masih ramai kawannya dalam Umno sebelum ini.

Terbukti kenyataan bekas ADUN Batang Kali, Zainal Abidin Sakom yang merupakan kenalan rapat Muhammad memberitahu bekas bosnya itu tidak akan menyertai PAS kerana dikatakan tetap setia dengan perjuangan Umno selain tidak mudah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Dilahirkan pada 29 Julai 1945 di Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Muhammad juga merupakan bekas ADUN Batang Kali sebanyak empat kali iaitu pada 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Muhammad menjadi menteri besar dari tahun 1986 hingga 1997 dan kemudian digantikan oleh Abu Hassan Omar.

Beliau juga merupakan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah selama setahun iaitu dari 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 setelah dilantik sebagai senator sebelum membuat keputusan untuk berundur kerana tempoh penggal tiga tahun tamat dan digantikan oleh Shafie Apdal.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP