Thursday, 25 April 2013

SPR Terus Angkuh Pertikai Anwar

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan penghantaran peti undi ke negeri-negeri adalah proses biasa, memandangkan SPR masih dalam urusan penghantaran logistik bagi keperluan pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap kawasan, untuk memastikan kelancaran pada hari pengundian nanti.

"Apa yang nak dihairankan. Ini adalah tugas SPR untuk menghantar logistik berhubung pilihan raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Wan Ahmad diminta mengulas laporan media mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenderaan SPR dilihat memindahkan peti undi ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang, Selangor.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa terdapat lebih 28,000 warga asing dalam Daftar Pemilih terbaharu, Wan Ahmad berkata mereka yang didaftar sebagai pemilih telah disahkan sebagai warganegara oleh badan berwajib iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau turut mempertikaikan mengapa isu itu dibangkitkan sekarang, sedangkan semua pihak diberi cukup masa untuk mempertikaikan daftar tersebut sebelum ia diwartakan.

"Siapa dia untuk menuduh seseorang itu bukan warganegara? Semua orang boleh buat kenyataan seperti itu. Daftar ini adalah sah dan mereka ini didaftarkan berdasarkan undang-undang," katanya.

Wan Ahmad turut menegaskan daftar itu adalah muktamad dan setiap yang tersenarai layak untuk mengundi, malah mereka tidak sewajarnya dinafikan hak untuk mengundi.

Beliau turut meminta pihak pembangkang agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai dan tidak melibatkan SPR dalam kempen pilihan raya mereka.

"Lebih baik dia cerita apa yang dia nak buat dan terserah kepada pengundi untuk menilai," katanya.

- Bernama




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP