Monday, 22 April 2013

TERKINI - PR Umumkan Peyelesaian Kerusi Antara PAS Dan PKR

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terbabit.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP