Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Salor, di Kelantan tetapi pada masa sama bertanding merebut kerusi Parlimen Putrajaya.
Menurutnya Husam sebenarnya disisih oleh kepimpinan PAS Kelantan dan diletakkan bertanding di Putrajaya, kawasan yang satu ketika dulu pernah dibayangkan akan dilelong oleh PAS.
"Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja...orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan," katanya pada ceramah politik di Presint 9 di Putrajaya malam tadi.
Pertandingan merebut kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Husam.
Muhyiddin serterusnya mengingatkan penduduk Putrajaya yang rata-rata terdiri daripada penjawat awam, mengenai hasrat Pakatan rakyat sebelum ini untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka berkuasa.
Menurutnya ia berbeza sama sekali dengan dengan usaha ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih bekerja keras menjaga kebajikan penjawat awam, malah menjanjikan banyak lagi untuk keselesaan mereka.
"Saya kira, saya ini dah kerja kuat, tapi saya tengok dia (Najib) kerja, dua kali ganda lebih kuat daripada saya. Memanglah dia lebih muda dari saya, tapi dia memang kerja kuat," katanya.
- Bernama
Monday, 22 April 2013
Muhyiddin Merengek Di Putrajaya
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment