Friday, 26 April 2013

TERKINI - Timbalan Ketua Pengarah Kastam MATI DITEMBAK!

Timbalan Ketua Pengarah 2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Shaharuddin Ibrahim ditembak mati oleh dua orang yang menaiki motosikal di Putrajaya sebentar tadi.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Shaharuddin ditembak mati dalam kereta yang dipandu oleh pemandunya semasa berada lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya dalam perjalanan ke pejabat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh mengesahkan kejadian tersebut.


Shaharuddin dipercayai ditembak ketika berada di kawasan pentadbiran kerajaan persekutuan itu, kata pemandunya yang enggan ditemubual akibat masih trauma.

Sejurus mengetahui majikannya ditembak, pemandu itu segera menghantarnya ke Hospital Putrajaya tetapi telah disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital berkenaan.

Polis kini sedang menyoal siasat kejadian tersebut dan rakaman percakapan bersama pemandunya sedang diambil.

Calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa turut menulis di laman Facebooknya sebentar tadi:

Pagi ini kita mendapat berita kurang baik. Timbalan Pengarah Kastam 2 Putrajaya dilaporkan telah ditembak penunggang motorsikal di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa dan Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.


Beliau juga dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Takziah kepada Keluarga mangsa. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman.

Al-Fatihah...



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP