Friday, 26 April 2013

Tok Pa Dah Tak Sabar Nak Jadi MB Kelantan..

BN Kelantan tidak mustahil menang 30 kerusi Dun

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi dewan undangan negeri (Dun) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi Dun yang akan dimenangi memandangkan sambutan positif rakyat sejak hari penamaan calon Sabtu lepas, yang di luar dugaan sama sekali.


"Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota Pas dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perjumpaan khas dengan lebih 1,000 anggota jentera Umno Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku di sini malam tadi.

Turut hadir calon BN Parlimen Pasir Puteh Tuan Mustaffa Tuan Mat, calon Dun Limbungan Mohd Rujhan Salleh, calon Dun Semerak Zawawi Othman, Calon Dun Gaal Redzuan Stapha dan calon Dun Selising Zulkifli Ali.

Beliau berkata perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal Pas' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.

Mengenai pengundi yang berada di luar Kelantan, Mustapa berkata pendirian mereka juga banyak yang sudah berubah memihak kepada (BN) hasil kerja kuat Umno setiap bahagian yang lebih tersusun dengan mengadakan perjumpaan bagi mendekati mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, Pas menang 38 kerusi Dun, BN (enam) dan PKR (1) namun pada pilihan raya kecil Galas 2010, BN memperoleh satu lagi kerusi.

Bagi kerusi parlimen pula dua kerusi parlimen milik BN, Pas (lapan), PKR (3) dan Bebas (1).

- Bernama



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP