Sunday 7 April 2013

Jika Dr. Z Terlambat Sedikit, Anwar Mungkin Telah Tiada Kini...

20/9/1998 : Anwar ditahan polis.

21/9/1998 : Polis bertindak ganas pada perhimpunan aman KL.

22/9/1998 : KPN Rahim Nor tuduh Anwar buat kacau semalam.


Pada tarikh 25/9/1998, aku pula ditahan ISA. Giliran aku pula dipukul teruk oleh KPN Rahim Nor. Dan pada tarikh 21/11/1998 aku telah dibebaskan tanpa syarat.


Hari-hari kemudian selepas dibebaskan daripada ISA, aku berjumpa dengan sorang doktor Hospital Besar KL di Bhg Forensik. Namanya Dr Z. Ia diperkenal oleh adikku. Doktor Z telah menceritakan kepada aku...

Pada malam 20/9/1998, Dr Z bertugas shif malam di pejabat Bhg Forensik HBKL. Ada panggilan masuk di bilik bos beliau Dr Abdul Rahman Yusof. Pangilan itu dibuat berkali-kali dan telefon terus berdering-dering kerana bos tiada.

Mahu tidak mahu, Dr Z terpaksa mengambil panggilan tersebut. Pemanggil yang lansung tidak bertanyakan siapa dipanggilan terus minta untuk datang segera ke Bukit Aman.

Urgent!

Sudah tentulah Dr Z pergi.

Sebaik Dr Z tiba di Bukit Aman. Dr Z menunggu di lokasi yang telah ditentukan semasa panggilan tadi. Beliau kemudiannya mengikuti saja si pemanggil dan dibawa masuk ke dalam sebuak lokap...dan beliau terkejut!.

Dr Z terkejut besar kerana di hadapan matanya terbaring sorang insan bernama Anwar Ibrahim!. Beliau dalam keadaan terbaring. Suaranya perlahan dan di dalam kesakitan.

Waktu sudah melewati 12.00 malam, bermakna telah masuk 21/9/1998. Dr Z telah melakukan segera apa yang patut. Oleh Dr Z ialah seorang forensik, beliau tidak membawa peralatan perubatan. Tambahan pemanggil tidak memberitahu situasi sebenar.

Dr Z memberitahu aku, keadaan Anwar Ibrahim ketika itu sangat kritikal. Leher beliau mempunyai kesan lembam. Beliau bimbang akan berlakunya blood clotting. Ini boleh menyekat aliran oksigen ke otak. Bahaya!

Dr Z pantas berfikir dan akhirnya mendapat idea. Lantas beliau bertanyakan kepada polis guard lokap.."Ada apa-apa minyak?". Mujur polis tersebut ada menyimpan minyak gama dan segera diberikan kepada Dr Z.

Minyak gamat itu disapukan dan diurut pada leher Anwar. Takdir Allah..alhamdulillah.. ia berkesan!. Dr Z lega kerana akhirnya dapat membaca aliran oksigen Anwar kembali normal.

Dr Z turut memberitahu aku, menurut pengamatannya, kalau dia lambat tiba malam itu... mungkin Anwar Ibrahim tiada lagi hari ini.

- Coretan di atas adalah catatan pengalaman oleh Abd Malek Husin di dalam twitter. Beliau merupakan bekas Setiausaha Eksekutif Parti Islam seMalaysia /PAS. Kini beliau adalah Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia / Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel). Beliau telah ditahan oleh polis PDRM selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA selepas menyertai satu demonstrasi di Masjid Negara pada hari Jumaat, 25 September 1998.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP