Monday 8 April 2013

Polis Larang Pembangkang Guna Polis..

Jangan salah guna jawatan bekas penjawat awam -Polis

KUALA LUMPUR 8 April - Polis hari ini memberi amaran kepada parti politik agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama jawatan bekas penjawat awam yang tidak berkenaan bagi menarik orang ramai ke ceramah politik mereka.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata ini kerana polis mengesan ada pihak memaparkan jawatan yang berbeza dengan penceramah yang dimaksudkan bagi mengelirukan masyarakat.

Polis mengesan ada parti politik meletakkan nama bekas seorang pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada kain rentang untuk mempromosikan ceramah politik mereka, namun yang datang berceramah bukan individu berkenaan.

Perbuatan ini salah dan boleh dikenakan tindakan tegas, katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini.

Beliau merujuk kepada ceramah sebuah parti politik pada 21 Mac lepas yang meletakkan jawatan berbeza pada nama penceramah sedangkan penceramah dimaksudkan memegang jawatan lain ketika berkhidmat.

Mengulas lanjut, Ramli berkata perbuatan itu bukan sahaja menjejaskan imej jabatan berkenaan tetapi juga mengelirukan masyarakat yang mungkin menganggap penceramah mewakili jabatan terbabit.

Beliau juga menegaskan setiap bekas penjawat awam boleh berkempen atau memberi ceramah namun hanya atas pandangan peribadi.

- bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP