Wednesday 17 April 2013

Warga Facebook Perlekehkan Najib Gara-Gara Takut Debat

KUALA LUMPUR 17 APRIL: Sempena perdebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Razak yang dijadual berlangsung malam ini, pengguna di laman facebook Ketua Umum KEADILAN dilihat meragui serta memperlekeh keberanian Perdana Menteri untuk hadir.

Kira-kira 8,000 pengguna menyukai foto Anwar yang ditandakan ‘HADIR’ manakala foto Najib pula diletakkan tanda soal.


Grafik tersebut dipapar dalam facebook Anwar pada semalam.

Salah seorang pengguna, Tam Sem Hoong yang mengulas foto tersebut menulis, “Najib pun tak berani debat dengan Rosmah (Mansor), macam mana nak debat dengan Anwar”.

Tok Ayah Li pula menulis, “Najib mana berani…Cakap berdegar-degar kat TV. Ajak debat takut…”.

Seorang lagi pengguna, Zaidi Mahat mengulas, “Penakut.. Mana berani dia datang…Macam inikah sikap ketua BN? Nahaslah rakyat kalau pilih pengecut jadi pemimpin. Kalau perang dia lari dulu…Hampeh!”, demikian antara komen yang disusuli 600 ulasan lain.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Anwar mengesahkan kehadiran melalui jadual dan laman facebooknya Isnin lalu yang bertulis ‘Saya akan hadir’, dan status tersebut mendapat 5,277 jumlah ‘LIKE’.

Terbaru, kira-kira jam 6.55 minit petang ini, Anwar sekali lagi mengulangi pemberitahuan akan hadir ke program itu.

“Malam ini selepas acara di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, saya akan ke Desa Pinggiran Putra dekat Putrajaya – ceramah bersama TG Nik Aziz, Dato’ Husam dan sdr Borhan Aman Syah,” tulis Anwar di facebook.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, Najib masih belum memberi sebarang kata putus, malah beliau dilaporkan akan menghadiri program pelancaran manifesto BN di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Dalam perkembangan sama, Bersih dilaporkan akan membuat satu kejutan kepada hadirin jika Najib atau wakilnya gagal hadir.

“Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu ‘kejutan’ buat hadirin pada forum malam ini,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah dipetik. – NS

- keadilandaily


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP