Monday, 13 February 2017

Hadi Awang Buat Lawak Bodoh

Kenyataan Hadi Awang melucukan, kata Husam


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai melucukan.

Ini kerana, kata Husam, beliau belum pernah mendengar mana-mana pihak yang kalah dalam saman sivil tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU).

“Kenyataan Hadi sangat melucukan. Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” katanya kepadaMalaysiakini.

Malah, kata Husam lagi, Hadi seolah-olah membuat kesimpulan beliau telah kalah dalam kes tersebut.

“Oleh kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah atau belum dibawa ke mahkamah, kita tidak tahu siapa yang akan menang atau kalah, jadi macam mana dia boleh boleh buat kesimpulan saya yang akan kalah kes,” katanya.

Husam berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Hadi sebelum ini bahawa beliau sengaja tidak mahu bertanding dalam PRU14 dengan mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta.

Ia kerana, kata Abdul Hadi, sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah danmendapati Husam kalahkerana berbohong menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding dalam PRU14.

Abdul Hadi turut menyifatkan tindakan Husam membangkitkan isu berkenaan hanyalah helah untuk tidak mahu bertanding PRU.

Mengulas lanjut, Husam berkata, Abdul Hadi seharusnya menggunakan satu perkataan sahaja kerana kenyataannya sebelum ini sukar difahami.

Husam turut meminta Abdul Hadi menyatakan pendiriannya untuk meneruskan saman tersebut atau tidak.

“Pemimpin besar macam Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS sepatutnya guna satu perkataan sahaja atau dalam bahasa Arab, kalam wahid bukan dua perkataan yang tidak dapat dibaca maksud sebenar.

“Oleh kerana itu dia perlu tegaskan nak teruskan saman ataupun langsung tidak menyaman saya,” katanya.

Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

Beliau yang dipecat daripada PAS pada Mei tahun lalu atas dakwaan melanggar disiplin membayangkan butiran mengenai dana itu akan muncul menjelang pilihan raya umum akan datang.

Jumaat lalu, Tuan Ibrahim berkata PAS menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat laman web Sarawak Reportsebelum ini.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Taosuotaosuo suo 12 February 2017 at 23:24  

Kata2 Husam mungkin ada benarnya. Mana mungkin buat andain :
1. Husam kalah di mahkamah, padahal belum saman pun.
2. Beliau tidak akan bertanding dlm PRU sekiranya kalah di mahkamah.
Dilaporkan juga Us. Hadi dgn tegas menolak tawaran kerjasama Dr Mahathir atas alasan parti Pribumi ada hubungan dgn DAP dan parti Amanah. Bagaimana kerjasama dgn PKR dlm kerajaan selangor (dan Pulau Pinang) ?
Semoga Allah tunjukkan kita atas jalan yg lurus, Amin.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP