Thursday, 11 May 2017

‘Bukan AMANAH tak sedar diri, tapi PAS parti terhegeh-hegeh’


11 Mei 2017,


Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan dakwaan PAS bahawa ia sebuah parti politik yang dianggotai oleh wakil rakyat yang tidak sedar diri tentang kedudukan mereka.

Sebaliknya, kata Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, PAS yang masih terhegeh-hegeh dan menagih kasih dengan kerajaan Selangor sedangkan, mereka sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

“Bagi saya, PAS yang masih terhegeh-hegeh lagi untuk menagih kasih lagi bersama PKR.

“(Ini kerana), dalam Muktamar PAS baru-baru ini telah membuat keputusan, iaitu PAS telah bercerai dengan PKR.

“Jadi, apa yang Tuan Ibrahim nak tunggu lagi (setelah keputusan yang dibuat oleh Muktamar PAS),” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa AMANAH sebagai parti yang tidak bermaruah apabila meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri itu.

Sedangkan, kata pemimpin kanan PAS itu yang dipetikUtusan Malaysia, wakil-wakil rakyat AMANAH dipilih atas tiket parti Islam itu pada pilihan raya umum yang lalu.

Sinar juga melaporkan Salahuddin sebagai berkata, PAS ketika ini bukanlah sebuah parti demokratik, seperti sebelum ini.

Ini kerana menurutnya, PAS tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh muktamarnya sendiri berhubung keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Keputusan (mengenai perihal tahalul siyasi di antara PAS dengan PKR) telah dibuat. Yang saya faham, Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi dalam perlembagaan PAS.

“Jadi, adakah perlu menunggu keputusan Majlis Syura (berhubung perkara itu). Jadi, saya nampak parti ini bukannya parti yang demokratik,” katanya.

PAS bulan lalu sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa agar Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Parti itu kini masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR, dengan tiga wakilnya dilantik sebagai exco.

Langkah itu jika diluluskan Majlis Syura Ulama bakal memberi kesan terhadap kedudukan exco PAS di bawah pentadbiran Azmin.








PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Paul Baggio 11 May 2017 at 14:27  

Kuli DAPIgs dari PAN Imayam tak sabar-sabar nak jadi EXCO! MB Azmin pun dah kata korang penggemis! masih tak sedar diri lagi!!

Racun Bisa 11 May 2017 at 21:57  

Dh putus hubungan dgn pkr, putus aje le. Apa pulak nk kekal kononnya atas maslahah rakyat....pas yg terhegeh2 nk kekal...sahut la cabaran Amanah tu

ganga 12 May 2017 at 11:02  

Pan... Tu pas la.. ..entiti tu tak wujud dlm ros.. .

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP