Bagai diduga BN Kedah akan kehilangan lebih banyak kerusi dari kalangan kerusi yang 'bakal dimenangi' selepas pengisytiharan senarai calon PRU13. Laporan dari bilik gerakan sebuah penyelidik (dirahsiakan) menjangkakan 6 kerusi DUN tapi realiti yang berlaku kelmarin lebih mengejutkan BN kerana penentangan kerana tidak berpuashati terhadap calon juga datang dari kerusi yang dijangka tiada krisis. Dari segi krisis dalaman akibat perebutan calon sudah cukup untuk menghalang BN merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat.
Dari aspek lain, ramai pemerhati melihat BN sudah gagal dalam pusingan pertama, pusingan menentukan calon kerana mengemukakan calon-calon yang bermasalah dan boleh membawa imej buruk kepada BN.
Ramai hairan mengapa BN sanggup mengekalkan Dato' Abu Hasan Sarif di Kota Siputih yang asyik ponteng sidang DUN sehingga status YB dilucutkan oleh Speaker. Datuk Tajul Urus Md Zain yang terpalit dengan skandal kehilangan duit balak dianggarkan RM3 juta di lebuhraya TEKIH, isu pembakaran site office, masalah projek 99East dan sebagainya terpilih bertanding di DUN Tanjung Dawai. Lagi calon bermasalah ialah Datuk Johari Baharom, sepatutnya sudah dimasukkan dalam kelab bekas wakil rakyat BN.
Yang paling mengejutkan ialah pemilihan Datuk Ali Yahaya di DUN Pantai Merdeka. Satu Malaysia tahu dia adalah pemimpin kontroversi dan bermasalah. Saingannya ialah Naib Ketua Puteri UMNO Shahanim Mohd Yusoff juga bermasalah tapi penolakan rakyat terhadap Ali adalah lebih kuat berbanding Shahanim.
(Ahmad Sudin kaki pancung dalam UMNO, laa ni giliran hang pulak akan 'dipancung'..)
Datuk Ahmad Lebai Sudin yang digantung keahlian kerana sabotaj Datuk Ariffin Man di Bukit Lada PRU 2008 lalu dipilih pula untuk Bukit Lada. Tiga penjuru dalam UMNO bahagian sedang menghala roket untuk dilepaskan terhadap calon BN Bukit Lada itu.
Calon-calon yang ditolak rakyat dalam PRU12 lalu juga turut di recycle. Datuk Azeez Rahim, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Osman Aziz, Datuk Tajul Urus adalah muka-muka yang ditolak rakyat dalam PRU lalu. Begitu juga orang ramai merasa aneh dengan kemunculan calon luput tarikh Datuk Osman Abdul di Pendang dan Marlia Abdul latif di Merbau Pulas. Datuk Ahmad Bashah pun sepatutnya sudah mengumumkan persaraan setelah empat penggal sebagai wakil rakyat.
Keanihan juga berlaku apabila tersenarai ramai calon wanita kali ini; Suraya Yaakob (Sungai Tiang), Marlia Abd Latif (Merbau Pulas), Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu), Nor Hashita (Pengkalan Kundor), Sharifah Maznah (Pengkalan Kundor) dan Kama Noriah (Pedu). Imej 'lembu' Sharizat tentu akan menjahanamkan penampilan barisan calon wanita UMNO Kedah ini.
Secara keseluruhannya, barisan calon BN yang dikemukakan untuk PRU kali ini akan mempercepatkan lagi proses pelupusan UMNO di Kedah.
- Kedahla
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment