Thursday, 2 May 2013

PANAS - Khalid Ibrahim dihalang masuk Pelabuhan Miri, dipercayai arahan Taib Mahmud

SARAWAK 2 MEI: Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut pagi tadi.

Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat di pelabuhan tersebut.


Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut.

Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi.

“Masa kami semua sampai di pintu utama, lima ‘pengawal’ berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami.

“Kami tanya pada polis mengapa tidak benarkan kami masuk. Mereka beri alasan kerana tidak buat temu janji terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas sekatan tersebut, Kiong menyifatkan kejadian yang memalukan itu sekaligus menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat.

“Ini semua kerja Taib Mahmud…Beliau sengaja beri arahan supaya halang kemasukan kami,” katanya.

Sebelum ini, pada Mac 2011, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa antara pemimpin Pakatan yang dihalang memasuki Sarawak. Pihak Imigresen yang menahan beliau hanya memberi alasan sekadar mengikut arahan dikeluarkan pejabat Ketua Menteri.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP