Monday, 3 June 2013

Apa Lagi Yang Azmin Mahu Dan Tak Puas Hati..??

SHAH ALAM – Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik dalam Pejabat Menteri Besar Selangor menimbulkan banyak reaksi ingin tahu dalam kalangan ahli akar umbi.

Antara persoalan yang menjadi perhatian, apakah pendirian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung perkara ini memandangkan selama ini beliau begitu serius dengan isu pembaziran.


Malah mereka mempersoalkan mengapa perlu diwujudkan jawatan politik tambahan sekiranya fungsinya adalah sama dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar? Apakah ini akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan perbelanjaan yang tidak berhemah?

Jika kewujudan jawatan ini bertujuan menjalin hubungan politik di antara pentadbiran negeri dan parti, maka timbul persoalan berikutnya, iaitu di mana peranan Setiausaha Politik? Apakah kerajaan negeri akan menghapuskan jawatan Setiausaha Politik?


Adakah Abdul Khalid bersetuju sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat dalam PRU13 baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak layak dilantik sebagai perdana menteri kerana beliau sibuk dengan tugas sebagai ketua parti?

Adakah ia bercanggah dengan saranan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa orang politik tidak boleh dilantik ke dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Mungkin pimpinan PKR di peringkat negeri dan Pusat perlu melihat kembali soalan-soalan di atas yang mula menjadi perhatian umum atau mungkin perlu dijawab sendiri oleh Abdul Khalid.

Lebih sinis lagi apabila pemimpin PKR Selangor yang memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan Dun tidak diberi tempat sebaliknya pemimpin PKR dari luar Selangor yang gagal mempertahankan kerusi dibawa masuk dan diangkat sebagai pegawai politik negeri.

Tidak kurang juga ada menyarankan agar jawatan tersebut diberikan kepada Adun dan Ahli Parlimen yang berjaya membawa kemenangan kepada PKR dan mengekalkan kuasanya di Selangor.

Inilah yang disuarakan dan dibangkitkan oleh ahli PKR pelbagai peringkat di Selangor kepada Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Azmin pula ketika dihubungi, dihubungi tidak menafikan perkara itu mula menjadi bualan ahli parti sejak Anwar mengumumkannya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu.

Katanya, kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam PRU13 lalu.

- SinarHarian


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP