Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini akan meluaskan asas kutipan cukai namun akan membebankan golongan pertengahan dan miskin.
Menurut Timbalan ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nor Ghani Md Nor, pelaksanaan GST memerlukan makanisme yang terbaik bagi membolehkan golongan pertengahan dan miskin tidak dibebankan apabila dilaksanakan kelak.
Saya lihat daripada aspek keadilan sosial, jika GST dilaksanakan, semua orang terpaksa membayar cukai, ini termasuklah golongan sederhana dan miskin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Tambah beliau lagi, makanisme terbaik bagi kerajaan adalah mengawal ketirisan dan kebocoran pendapatan negara, jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap ekonomi negara.
“Jika kerajaan ingin meningkatkan tahap ekonomi negara, saya rasa cara terbaik adalah dengan mengawal ketirisan dan kebocoran yang berlaku, dengan cara ini saya rasa ekonomi kita akan bertambah baik,” katanya lagi.
Khamis lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh jangka terdekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.
Menurut Ahmad Husni lagi, kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh.
"Semua tindakan yang diambil perlu dilihat bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan, malah perlu dilihat dari segi kemakmuran orang ramai," katanya .
Katanya lagi, selain menjana pendapatan negara, pelaksanaan GST itu juga adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai peribadi.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan MPN, Profesor.Dr Shazali Abu Mansor berkata, pelaksanaan GST membolehkan cukai dapat diselaraskan secara menyeluruh.
Hal ini kerana, pada pendapat beliau, perlaksanaan GST akan membolehkan ekonomi negara bertambah makmur dan baik.
“Saya rasa tiada sebab untuk orang mempertikaikan perlaksanaan GST kerana ianya untuk kepentingan ekonomi negara,” katanya.
Namun katanya, pelaksanaan GST ini perlu dikecualikan kepada barang-barang asas seperti gula, tepung, minyak masak, kerana ianya akan membebankan rakyat kelak.
Ketika ditanya mengenai kadar perlaksanaan GST untuk peringkat permulaan beliau menjawab, sebaik-baiknya di bawah daripada lima peratus.
“Saya rasa perlu bermula di bawah lima peratus, kerana ianya tidak membebankan,” katanya lagi.
Saturday, 1 June 2013
Pakar - GST Untungkan Kerajaan Tetapi Bebankan Rakyat
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment