Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.
Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Dailyhari ini.
Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd NorGhani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.
"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik sebagai berkata.
Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam, Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.
Sunday, 30 June 2013
Facebook Guru Johor Akan Dipantau
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment