KUANTAN - Dua pemandu lori tergamam apabila kenderaan mereka dihimpit sebuah kenderaan dipercayai dinaiki anggota penguat kuasa sebelum diarahkan berhenti untuk pemeriksaan dalam dua kejadian berasingan di sini, awal pagi, 29 Mei lalu.
Lebih memeranjatkan, kedua-dua pemandu itu mendakwa, anggota penguat kuasa terbabit menggertak mereka menggunakan pistol sebagai tanda amaran supaya berhenti malah kenderaan yang digunakan juga langsung tidak tertera sebarang logo agensi berkaitan.
Salah seorang pemandu, Cheong Kai Lim, 48 berasal dari Batu Caves, Selangor mendakwa, ketika itu dia dalam perjalanan membawa muatan bijih besi dari Plaza Tol Jabor ke Pelabuhan.
Menurutnya, ketika tiba di satu kawasan kira-kira jam 6.20 pagi, sebuah kenderaan jenis Proton Waja memintas lorinya sebelum salah seorang daripada penumpang kereta tersebut mengeluarkan ‘lampu pattern’ memberi isyarat supaya berhenti.
“Ketika itu saya tidak berhenti kerana bimbang mereka adalah perompak memandangkan kawasan itu gelap dan kenderaan yang digunakan juga tidak tertera logo rasmi agensi penguat kuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat PKR Cabang Kuantan di sini, semalam.
Kai Lim berkata, kereta terbabit memintas lorinya lagi sebelum salah seorang penumpang mengeluarkan pistol memberi amaran supaya berhenti.
“Saya tiada pilihan lain kecuali mengambil risiko memberhentikan lori secara mengejut di tepi jalan,” katanya.
Menurutnya, permit lorinya dirampas sebelum dia diarahkan ke stesen Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Panching sebelum dikeluarkan notis kesalahan membawa muatan berlebihan.“Saya tidak berpuas hati dengan cara pegawai penguat kuasa terbabit menggunakan senjata api untuk menahan lori selain menggunakan kenderaan yang mengelirukan.
“Cara mereka memaksa kami berhenti juga amat bahaya dan boleh mengundang kemalangan,” katanya.Sementara itu seorang pemandu, S Logeshvaran, 28 mendakwa menerima nasib sama apabila lorinya yang sarat dengan muatan garam ditahan dengan cara serupa ketika berada di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Kampung Sungai Ular kira-kira jam 6,30 pagi hari tersebut.
Berdasarkan kenyataannya, dia ditahan sebuah kenderaan jenis Land Rover tanpa logo rasmi agensi penguat kuasa. Menurutnya, dia gagal berhenti kerana curiga dengan penumpang kenderaan tersebut yang pada mulanya disangka perompak.
Logesh berkata, bila sampai ke kawasan agak selamat dia memberhentikan lori sebelum dua lelaki memakai jaket JPJ mendekati dan menggertak menggunakan pistol.
“Selepas itu salah seorang daripada mereka menghubungi pegawai SPAD sebelum dia diarahkan ke stesen penguat kuasa JPJ, Panching. Kedua-dua pemandu terbabit mendakwa kejadian itu kali pertama dilalui biarpun sudah lama memandu lori.
Susulan kejadian itu, kedua-dua pemandu terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Beserah menuntut siasatan dilakukan terhadap prosedur pihak yang disyaki penguat kuasa itu menggunakan senjata api ketika menahan lori.
Thursday, 6 June 2013
Pegawai JPJ Guna Pistol Tahan Pemandu Lori
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment