Thursday, 8 June 2017

KENAPA BEKAS KPN YANG TAMPIL BERSUARA BAGI PIHAK NAJIB..

KENAPA BEKAS KPN YANG TAMPIL BERSUARA BAGI PIHAK NAJIB; KERTAS SIASATAN BUKTIKAN DATO’ SERI NAJIB BUKA 3 AKAUN BARU PINDAHKAN WANG 1MDB

Sejak Sarawak Report menyiarkan satu berita mengenai dakwaan sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah, tidak ada satu kenyataan pun yang diberikan oleh Perdana Menteri mahupun peguam itu.

2 hari lalu, saya telah mendedahkan pula bagaimana dalam tahun 2011, Dato’ Seri Najib telah menggunakan dana awam 1MDB yang dipindahkan ke akaun beliau untuk membayar peguam-peguam yang mewakili beliau untuk mengenepikan sapina hadir memberi keterangan di dalam perbicaraan kes liwat yang dituduh terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pendedahan saya itu berdasarkan satu dokumen yang didakwa adalah kertas siasatan SPRM yang dibocorkan di laman SPRMInsider. Maklumat yang terkandung di dalam kertas siasatan SPRM itu juga telah disahkan benar dan tepat oleh peguam kanan yang diambil keterangan oleh SPRM. Pengesahan peguam kanan tersebut mengiyakan bahawa pandangan umum bahawa kertas siasatan SPRM itu adalah benar dan sahih.

Sehingga kini, tidak ada sebarang kenyataan dari Dato’ Seri Najib mengenai butiran siasatan ke atas beliau yang terkandung di dalam kertas siasatan itu, khususnya berhubung penggunaan dana 1MDB untuk membayar peguam-peguamnya di dalam kes yang dibawa terhadap Dato’ Seri Anwar.

Sebab itu saya terkejut apabila individu yang tampil ke depan untuk menafikan perkara tersebut adalah Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara. Beliau yang membuat sidang media khas semalam seolah-olah mengulangi skrip yang dimainkan oleh tokoh-tokoh Umno yang mengawal propaganda kerajaan seperti Tun Faisal Ismail; yang mengulangi kononnya akaun Dato’ Seri Najib telah ditutup sebelum bayaran dibuat kepada Tan Sri Shafee Abdullah.

Adalah sangat memalukan apabila Perdana Menteri dan peguam kanannya tidak mempertahankan diri mereka secara berdepan; sebaliknya orang lain yang telah bersara seperti Tan Sri Musa Hassan pula yang terpaksa memanggil sidang media membela Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Shafee.

Saya tidak pasti sama ada Tan Sri Musa Hassan menyediakan sendiri kenyataan media beliau semalam atau skripnya dipengaruhi pandangan yang rapat dengan Perdana Menteri. Hakikatnya, kenyataan media Tan Sri Musa Hassan semalam itu memalukan kerana jelas tidak teliti dengan butiran-butiran siasatan sehingga tersalah fakta.

Hari ini, saya ingin mengemukakan bukti bahawa hujah pembela-pembela Dato’ Seri Najib bahawa akaun beliau telah ditutup sebelum bayaran dibuat tidak boleh digunapakai dan salah.

Kertas siasatan SPRM yang dibocorkan (dan kini dipercayai telah disahkan bersandarkan kenyataan peguam-peguam yang pernah mewakili Dato’ Seri Najib sendiri) pada muka surat 9 dan 10 dengan secara jelas memperincikan bagaimana sementara satu akaun Dato’ Seri Najib telah ditutup pada 31 Ogos 2013, ada 3 akaun baru yang dibuka bagi menggantikan akaun yang ditutup itu.

Saya sertakan paparan skrin dari kertas siasatan mukasurat 9 dan 10 yang mengesahkan bahawa ada 3 akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang masih beroperasi dalam tempoh September 2013 hingga Februari 2014, iaitu tarikh-tarikh bayaran dibuat kepada Tan Sri Shafee:


Kronologi tindakan menutup akaun, membuka akaun baru dan memindahkan dana, seperti yang diperincikan di dalam kertas siasatan SPRM, adalah seperti berikut:

i. Akaun asal yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk menerima pemindahan wang yang besar dibuka dalam pada 13 Januari 2011 dengan no akaun 2112022009694 atas nama beliau sendiri di AmIslamic Bank Berhad di Ambank Jalan Raja Chulan (dirujuk sebagai Akaun -9694)

BACA SETERUSNYA DI SINI






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP