Pihak berkuasa mendapat maklumat terbaru yang dipercayai dapat membantu mengenal pasti pasti individu yang bertanggungjawab mencederakan anggota bomba dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, awal pagi tadi.
Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pihaknya sedang memburu mereka yang terlibat dan tidak akan berkompromi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.
"Kita tengah memburu mereka yang telah mengakibatkan anggota kita cedera. Kita ada sesuatu, saya pun baru dapat maklumat tadi. Adalah benda-benda yang akan kita siasat.
"Kita akan ambil tindakan tegas … Apa yang telah berlaku melebihi had yang sepatutnya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam rusuhan itu.
- Bernama
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment