Monday 15 April 2013

4 janji Pakatan Rakyat kepada anak muda

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggariskan empat janji kepada anak muda sekiranya berjaya merampas tampuk pemerintahan negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR komited berjanji sekiranya menang dan menjadi Kerajaan Persekutuan dalam tempoh sebulan dari sekarang kita akan kurangkan bebanan kewangan golongan muda.


Rafizi dalam Ceramah Perdana Himpunan Anak Muda Bangkit 13 kelmarin yakin memaklumkan seandainya pakatan menang dalam PRU13 hari pertama sahaja harga minyak akan diturunkan.

“Sekiranya harga minyak turun maka kesemua harga barang lain turun menurun kerana kos pengangkutan yang menjadi beban kita selama ini.

“Masalah orang muda terutamanya yang baru memulakan kehidupan berkeluarga sangat terbeban dengan kos sara hidup tinggi seumpama ini. Oleh itu, PR komited akan mengurangkan bebanan mereka dengan menurunkan harga minyak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa selain harga minyak kos pengangkutan lain yang wajar dihapuskan ialah tol.

“Tol yang telah membawa pulangan modal harus dibatalkan kerana ini menzalimi rakyat. Kalau PR menang hari itu juga tol dihapuskan,” katanya.

Sementara itu, anak muda turut dijanjikan penurunan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais dan jualan yang membebankan rakyat.

“Rakyat tidak tahu mereka terpaksa menanggung beban cukai sebanyak 100 peratus dalam perjanjian selama sembilan tahun. Cukai sebanyak satu kali ganda ini sangat menzalimi rakyat.

“Sebab itu kalau nak bantu rakyat bukannya dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), caranya adalah potong cukai tersembunyi seperti ini ” katanya.

Menurut Rafizi, PR berjanji sekiranya berjaya merampas negara daripada Barisan Nasional (BN) rakyat hanya akan membayar harga kereta bukan lagi cukai tersembunyi seperti sekarang.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP