Hadi: Mustafa sudah lama sakit lutut dan solat atas kerusi
KOTA SAMARAHAN 14 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Datuk Mustafa Ali dan memberitahu video seks yang menampilkan lelaki mirip setiausaha agung parti itu sebagai tidak tulen.
Abdul Hadi turut mendakwa watak itu dilakonkan oleh orang lain dan membidas pihak yang 'mengarah' video tersebut sebagai tidak tahu latar belakang Mustafa.
Dakwanya, Mustafa sebenarnya sakit lutut dan sudah beberapa tahun terpaksa solat di atas kerusi.
"Nak cari pelakon, carilah yang gagah dan kuat sikit (ketawa), nak turun tangga pun (Mustafa) sakit (lutut), nak sembahyang pun atas kerusi.
"Apabila kami dapat tahu berita ini kami pun nak tergelak, macam mana orang yang sembahyang di atas kerusi ini boleh jadi pelakon (ketawa).
"Kalau nak iklan ubat (guna Mustafa), tidak laku ubat itu, carilah yang gagah-gagah (ketawa)," katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Kota Samarahan di sini hari ini.
Ditanya tentang kesan penyebaran video itu berkata, ia tidak akan menjejaskan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya menambahkan sokongan rakyat.
"Rakyat tahu peringkat (hal) yang sebenar, Allahuakhbar," katanya.
Mengulas sama ada video itu perbuatan sabotaj daripada kem Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwarinas di dalam Pas, katanya, beliau tidak tahu perkara yang 'ghaib'.
"Benda yang ghaib ini hanya Allah yang tahu, maka saya hukum apa yang saya tahu sahaja.
"Saya buat kenyataan Jumaat lalu dan serahkan pada Allah yang tentukan," katanya.
Monday, 15 April 2013
Hadi - Nak buat filem seks carilah pelakon yang gagah sikit
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment