Wednesday 17 April 2013

Air Percuma - BN Selangor Tiru PR

Dalam rangka menawan semula Selangor, BN juga akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh rakyat Selangor - janji yang sama dengan manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 dan sudah pun dilaksanakan.

Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.


Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.

Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri.

Ia antara janji Pakatan yang paling popular, yang dilihat menjadi katalis kepada kejayaan Pakatan merampas negeri terkaya di Malaysia itu dalam pilihan raya umum ke-13 lima tahun lalu.

Sementara itu, manifesto BN yang diumumkan malam ini menggunakan tema "Keamanan Kestabilan, Kemakmuran" menumpukan kepada enam agenda utama, iaitu:

Masa depan lebih cerah.
Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang.
Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
Perumahan lebih mampu milik.
Selangor lebih inovatif, lebih daya saing.
Selangor lebih progresif.
Selangor lebih mesra, alam lebih bersih.

Masa depan lebih cerah

Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak
Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.
Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA
Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama
Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang
Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih
Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar
Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan
Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin
Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak


Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang

Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru
Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar
Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun
Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan
Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar
Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor
Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor
Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga


Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera

Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.
Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.
Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah
Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.


Perumahan lebih mampu milik

Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor
Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR - perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri
Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma
Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB
Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda
Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.


Selangor lebih inovatif, lebih daya saing

Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor
Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional
Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama
Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda
Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian
Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia
Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli
Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor
Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

Pengukuhan institut pendidikan asas masyarakat

Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan
Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor
Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500
Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor


Selangor lebih progresif

Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor
Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub
Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri
Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana - RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan


Selangor lebih mesra, alam lebih bersih

Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu
Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar
Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP