Wednesday, 17 April 2013

Ong Tee Keat timbang jadi calon bebas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ong Tee Keat memikirkan untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi parlimen Pandan, selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya 2013.

Dalam tulisan di laman Facebooknya hari ini, beliau bertanya kepada pengundi:"Pengundi Pandan, apakah anda akan menyokong Ong Tee Keat sebagai calon bebas?"


Awal pagi ini sekumpulan penyokongnya dilihat di pasar basah di Pandan untuk menunjukkan sokongan kepadanya, tulis Leslie Lau, Pengarang Eksekutif The Malaysian Insider.

Malam ini, satu lagi kumpulan merancang demonstrasi untuk menyokongnya.

Dengan hari penamaan calon semakin hampir pada Sabtu, Ong masih belum memberikan komitmen untuk bertanding, lapor TMI.

Spekulasi mengenai apa akan dilakukan Ong dimainkan dengan latarbelakang permusuhannya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dilihat sebagai di belakang keputusan penyingkiran itu.

MCA 'jual' 3 kerusi

Sementara itu, pelbagai pihak mendakwa, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek 'menjual' tiga kerusi Parlimen MCA kepada Umno untuk mempastikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mencalonkan Ong Tee Kiat di Pandan.

Kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno dalam pilihan raya ini adalah Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju.

Sebelum ini, Chua sudah memberikan amaran kepada Umno, pilih MCA atau Ong Tee Kiat.

Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini, menjadikan ianya satu sejarah dalam negara apabila ketua parti komponen utama BN tidak bertanding.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP