Monday 8 April 2013

Cerita Lawak - Polis Enggan Terima Subangan Tabung Lahad Datu Dari Pakatan Rakyat

Nak bagi duit Sumbangan Lahad Datu pun polis tak mau terima..!!!Tabung Lahad Datu: Polis enggan terima sumbangan dari Pakatan Rakyat

ALOR SETAR – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kecewa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mahu menerima sumbangan daripada penyokong PR untuk disalurkan kepada wira-wira negara yang terkorban dan tercedera di Lahad Datu.

Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata bahawa beliau agak kesal apabila pihak PDRM tidak mahu menerima sumbangan untuk diserahkan kepada wira-wira Lahad Datu, sedangkan ini merupakan sumbangan daripada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa sidang media berkenaan PDRM tidak mahu menerima sumbangan wang daripada penyokong PR kepada Wira Lahad Datu, di Mess PDRM Alor Setar.

“Sumbangan-sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada penyokong-penyokong PR Kedah dalam program-program yang dianjurkan. Kita telah umumkan bahawa kutipan ini adalah khusus untuk mangsa-mangsa yang tercedera dan terkorban di Lahad Datu.

“Selepas ini kita akan bincangkan bagaimana sumbangan ini dapat juga disalurkan kepada wira-wira Lahad Datu. Mungkin kita akan cari mangsa-mangsa tersebut di kawasan utara ini yang lebih dekat dengan kita untuk diserahkan terus kepada mereka,” katanya dalam nada kecewa.

Beliau meyakini bahawa sumbangan daripada parti politik kepada perwira Lahad Datu ini memang wujud. Tetapi beliau akan siasat terlebih dahulu sama ada wujud atau tidak sumbangan seperti ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ini merupakan sumbangan daripada rakyat dan beliau menyifatkan seperti terdapat ‘double standard’ dalam kes ini.

Sementara itu, sebelum ini PR Kedah sudah dimaklumkan bahawa sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada PDRM di Mess PDRM Alor Setar. Namun, apabila tiba hari penyerahan sumbangan tersebut, pihak PDRM tidak dapat menerima sumbangan tersebut atas alasan tidak dapat menerima sumbangan daripada parti politik. Hal ini menyebabkan banyak pihak yang terkejut dan kecewa.

- kedahlanie

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP