Thursday, 4 April 2013

Ahli PKR Buat Laporan SPRM Terhadap MB Selangor

PUTRAJAYA - Sekumpulan 15 anggota PKR cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan mesyuarat agung tahunan 2010 di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.

"Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan atau jawapan.

"Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu.

Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.

"Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa," katanya. -

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP