PUTRAJAYA: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim terharu apabila calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa merupakan orang pertama yang menghubungi sebaik sahaja mengetahui beliau digugurkan dari senarai calon BN bagi PRU13 ini .
Ketika Husam menelefonnya tengah hari semalam, Kamilia menyifatkan orang luar parti lebih prihatin terhadapnya berbanding orang Umno sendiri.
Bagi Husam, pengguguran Kamilia merupakan satu kesilapan besar kerana banyak jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada rakyat.
"Keadaan ini seumpama tidak mempedulikan hal-hal wanita, kerana Datuk Kamilia merupakan seorang wanita yang sangat baik, berwibawa, dan berpengaruh," tambah beliau.
Husam turut membayangkan Kamilia mungkin orang yang lebih layak bertanding dengan beliau di Putrajaya menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kamilia adalah seorang peguam yang berjaya, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata.
Menurut Kamilia beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain.
0 comments:
Post a Comment