KOTA BHARU - Tindakan DAP yang mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membuktikan parti itu tidak lagi takut kepada perjuangan Islam yang dibawa pihaknya.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan DAP yang mahu menggunakan lambang Pas juga menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat yang sebelum ini didakwa tidak bersatu dalam perjuangan.
"Ambo (saya) dapat panggilan, kata DAP tidak boleh guna roket, nak guna lambang Pas, boleh sangat, kalau betul (pendaftar Pertubuhan) tidak benar guna, esok (hari ini) DAP akan guna lambang Pas, ini bermakna mereka boleh terima Islam.
"Tidak masuk Islam tidak mengapa tetapi ia boleh mengurangkan Islamfobia, tak payah cakap banyaklah Umno," katanya semasa ucapan memperkenalkan calon Pas Pengkalan Chepa di sini semalam.
Nik Aziz mendakwa, Pas tidak seperti Umno yang sanggup menjaga hati MCA yang jelas menolak Islam melalui kenyataan beberapa orang pimpinannya.
Dalam ucapan itu, Nik Aziz turut mengakui terdapat pemimpin DAP yang menghubunginya untuk mentafsir ayat Al-Quran.
"Saya selalu dapat panggilan tengah malam dari orang Cina yang bertanya terjemahan al-Quran, ini pemimpin DAP sekarang," katanya.
0 comments:
Post a Comment