Kecoh semalam apablia pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin secara unilateral mengumumkan bahawa ketiga-tiga kerusi parlimen di negeri itu kesemuanya akan ditandingi parti itu dan menolak pencalonan bekas mufti, Juanda Jaya bertanding di parlimen Kangar.
Pengumuman Hashim dibuat setelah meneliti senarai calon yang telah dipersetujui sebelum ini bahawa Kangar akan ditandingi KEADILAN manakala PAS akan kekal bertanding di Padang Besar dan Arau.
Padang Besar akan diwakili ketua urusan ulama, Azamhari Mahmood manakala Arau kekal ditandingi timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Dr Haron Din.
Sementara bagi Kangar, AJK PAS parlimen itu, Baharuddin Ahmad diumumkan selaku calon.
Juanda yang akan bertanding di Kangar nampaknya masih belum mahu mengalah kerana jika diukur dari segi populariti dan personaliti, beliau lebih layak bertanding berbanding Baharuddin yang bukannya ketua PAS kawasan.
Adalah mustahil bagi bekas mufti itu yang berasal dari Sarawak bertanding di dinegeri kelahirannya kerana corak demografi dan iklim politik di negeri itu tidak sesuai dengan karektornya selain bakal mendapat tentangan hebat dari ketua menteri, Taib Mahmud.
Berlainan daripada seorang lagi rakannya, Maszlee Malik, Juanda dilihat mampu mengimbangi pengaruh dan monopoli PAS di negeri terkecil di Malaysia itu.
Difahamkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat hari ini akan memutuskan kerusi manakah yang sesuai untuk Juanda bertanding, sekaligus membatalkan pengumuman mengejut yang dibuat sejurus parlimen dibubarkan semalam.
Jika Juanda kekal di Kangar, ini bermakna PAS Perlis terpaksa menelan ludahnya sendiri seakan memandai-mandai mengubah status quo yang diamalkan dalam pilihanraya umum lalu.
Dengan pengunduran bekas menteri dalam negeri, Radzi Sheikh Ahmad, peluang untuk merampas Kangar dari tangan Barisan Nasional (BN) dilihat cerah sekiranya Pakatan Rakyat meletakkan calon popular dan berkebolehan untuk menentang calon baru dari BN.
Alasan PAS bahawa KEADILAN kalah besar dengan majoriti lebih 10 ribu undi dalam pilihanraya umum lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ketokohan Juanda yang sudah dikenali bukan setakat di negeri ini malah di seluruh negara.
Walaupun Kangar mempunyai pengundi majoriti Melayu iaitu 79 peratus, undi kaum Cina dan India yang berjumlah 20 peratus tidak boleh diambil ringan kerana ia bakal menentukan sama ada seseorang calon boleh menang atau sebaliknya.
Pilihan lain bagi Juanda ialah bertanding di parlimen Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang sudah sah tidak akan mempertahankan kerusinya dan bakal bertanding sama ada di Lumut atau Padang Rengas.
Sumber dalaman memberitahu Juanda akan kekal bertanding tetapi majlis presiden akan memutuskannya sebaik mesyuarat pembahagian kerusi di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, selesai jam 3.30 petang nanti.
Ini boleh dilakukan apabila semalam, timbalan presiden KEADILAN, Azmin Ali mengumumkan KEADILAN bertukar kerusi dengan PAS apabila bersetuju parlimen Temerloh ditanding PAS dan KEADILAN mengambil alih Bera yang selama ini ditanding PAS.
Maknanya, jika PAS terus berkeras mahukan Kangar, kerusi ganti untuk KEADILAN mesti diberi dan ia tidak boleh berada di luar negeri itu.
Hanya dengan alasan memberikan lima kerusi DUN untuk KEADILAN bertanding di Perlis berbanding hanya dua sebelum ini tidak cukup untuk menggantikan Kangar yang dianggap kubu kuat Umno itu.
Mengakui Kangar bukanlah kerusi 'kelabu' (50:50) buat Pakatan Rakyat, namun jika jentera pilihanaya ketiga-tiga parti dalam pakatan itu sebulat sederap untuk memenangkan siapa saja yang akan dipilih kelak, ia tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.
JALAN PULANG
Thursday, 4 April 2013
Bekas Mufti Perlis Akan Bertanding Di Permatang Pauh
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment