Thursday, 4 April 2013

Lagi Ahli PAS Lompat Parti

GUA MUSANG 3 April - Pas Cawangan Chiku 7 berkubur selepas 20 ahlinya yang menggerakkan parti itu secara aktif di Gugusan Felda Chiku sejak tahun 1990 mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ahli UMNO dan menyokong Barisan Nasional (BN).


Kesemua mereka membuat keputusan tersebut bersama ahli keluarga masing-masing selepas kecewa dengan pimpinan Pas yang tidak menghargai perjuangan mereka.


Wakil mereka, Ayob Jaafar, 51, berkata, tingkah laku pimpinan Pas Kelantan itu berbeza dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah daripada BN yang bukan sahaja tinggal di kawasan berhampiran sebaliknya seorang yang sangat mesra dan berkhidmat untuk rakyat.


"Saya datang di sini pada tahun 1989 dan menjadi penyokong kuat Pas ketika kali pertama mengundi. Setahun selepas itu terus berjuang bersama Pas tetapi pemimpin atasan pula tidak melakukan kerja.
"Saya sokong Pas sebab Tok Guru tetapi lambat laun saya tengok apa yang Pas lakukannya semua tidak betul malah mereka meniru apa sahaja yang UMNO lakukan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Bagi Bikri Samad, 50, meskipun baru hendak menjadi ahli UMNO, namun sejak beberapa tahun lalu dia bersama keluarga sudah jatuh hati dengan pemimpin UMNO yang prihatin kepada rakyat dan sentiasa memberi sokongan.


"Kali ini saya akan mengisi borang untuk menjadi ahli UMNO supaya penduduk kampung lain percaya kerana memang selama ini saya sudah memilih UMNO dan menyokongnya," jelasnya.


Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rohani Yahya, 47, berkata, dia memilih menjadi ahli UMNO sebagai menyatakan rasa terima kasih kepada pelbagai bantuan yang diterimanya daripada kerajaan Pusat.


"UMNO tidak pernah mengabaikan saya dalam apa sahaja perkara, saya dapat bantuan kebajikan untuk ibu tunggal, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi bantuan persekolahan untuk anak-anak.
"Kali ini akan memberi undi kepada calon BN pada pilihan raya nanti untuk membalas budi mereka," kata Rohani.


Ahli Pas sejak 1989, Suhaibah Abdul Rahman, 43, pula berkata, dia kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang langsung tidak pernah memberi sebarang bantuan serta menjaga kebajikan keluarganya.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan durian runtuh kepada semua peneroka dan banyak lagi ini semua saya hargai dan bersyukur kerana dapat membantu keluarga saya.


'Berbanding dengan Pas Kelantan yang langsung saya tidak pernah merasa sedikit pun bantuan daripada mereka tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun," luah Suhaibah.


Nasiah Isa, 56, turut menyatakan kekecewaan terhadap Kerajaan Pas Kelantan yang didakwa hanya pernah memberikan bantuan sehelai kain batik kepadanya sepanjang dia menjadi penyokong tegar parti itu sejak 1989.


'Saya tahu Pas ada bagi bantuan kepada ahlinya tetapi tidak sampai kepada bawahan sebaliknya yang dapat hanya kroni dan pemimpin atasan," dakwa Nasiah.


Sementara itu, Ketua Pusat Daerah Mengundi BN Chiku 7, Mohamad Daud Mat Diah berkata, kesemua borang keahlian mereka akan diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu majlis yang akan diadakan



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP