Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.
Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.
Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.
“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.
Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) hadir dalam perhimpunan tersebut.
Bantahan
Azam dipercayai turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib mengenai cadangan pencalonan Fathul Bari sebagai calon BN parlimen Kangar.
Umno menolak Ulamak Muda mereka sendiri,kenapa? sudah tentu mereka tidak sukakan ulamak..Admin hanya senyum dengan gelagat UMNO/BN, dah kenal sesangat perangai mereka sejak sekian lama
Tuesday, 9 April 2013
Kesian Fathul Bari.. Ditendang Rakyat Perlis..
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment