BEKAS penyandang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kini sah dicalonkan di parlimen Shah Alam atas tiket Barisan Nasional (BN).
Naib presiden PERK@sa itu akan berhadapan laluan sukar menentang bekas penyandang dari PAS, Khalid Samad.
Perkara ini sudah disahkan sebentar tadi susulan pengumuman senarai calon parlimen yang akan bertanding atas tiket BN oleh timbalan pengerusinya, Muhyddin Yassin.
Zulkifli disebut-sebut bakal dicalonkan beberapa hari lalu namun hanya semalam namanya tersenarai sebagai calon di saat-saat akhir oleh pengerusi BN, Najib Altantuya.
Ramalan awal mneyebut Umno mahu menguburkan Zulkifli di Shah Alam sebagai 'simbolik' terhadap perjuangannya mempertahankan Umno dari serangan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, beberapa pemimpin Umno bahagian yang terkejut dengan berita ini memaklumkan bahawa Umno sudah dianggap memberi kerusi 'percuma' kepada PAS apabila nama Zulkifli diumumkan.
Malah, beberapa bilik gerakan BN di sekitar bandaraya ini sudah mula lengang sejak malam tadi menurut satu tinjauan oleh petugas kempen PAS.
Beberapa pemimpin Umno bahagian yang kecewa dengan keputusan ini dijangka akan memboikot jentera kempen BN setelah MCA juga berbuat demikian di Wangsa Maju dan Gelang Patah bermula semalam.
Dalam reaksi segera setelah berita ini disahkan, Khalid berkata, “Silakan, selamat datang saya ucapkan kepada Zulkifli Noordin dan selamat bertanding di Shah Alam,”.
“Saya yakin penduduk di Shah Alam matang dan bijak apabila membuat keputusan,” tambahnya.
Menjelang pilihan raya, Zulkifli semakin kerap dan agresif memberikan ceramah sekitar Selangor terutamanya di Shah Alam menggunakan pentas Perkasa.
Tambah Khalid lagi, tindakan memecah undi ini hanya tindakan sia-sia memandangkan ISMA dan BERJASA tidak akan menang pilihan raya ini tetapi sebaliknya hanya memberi peluang kepada BN menang dan mengekalkan kuasa.
“Calon-calon BERJASA dan ISMA ini tidak akan menang tetapi sebaliknya yang menang adalah BN.
“Tindakan mereka meletak calon adalah sia-sia dan hanya bertujuan untuk memecah undi serta mengelirukan pengundi Islam pada pilihan raya nanti,” kata Khalid.
Pada 3 April lalu, Dewan Rakyat sah telah dibubarkan, ia diumumkan oleh BEKAS Perdana Menteri, Najib Altantuya untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh penamaan calon pada 20 April ini dan hari mengundi pada 5 Mei yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran disetiap dewan undangan negeri yang masih belum dibubarkan.
Kesempatan terbaik kali ini adalah menguburkan terus karier politik Zulkifli yang kerap menghina agama lain dalam ceramahnya selain menuturkan kata-kata kesat berbau perkauman dan fitnah semenjak dipecat dari KEADILAN pada 2010.
Inilah masanya Pakatan Rakyat mendapat seberapa banyak undi hasi dari kejahilan Zulkifli dan keputusan Umno meletakkannya seolah-olah sudah berputus asa untuk menawan ibu negeri Selangor ini.
*JALAN PULANG*
0 comments:
Post a Comment