Tuesday, 16 April 2013

Kesian Ibrahim Ali.. Najib Langsung Tak Pandang.. Kahkahkah

Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada si laba-laba hutan Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia untuk mendapat by dari Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno.

Zulkefli adalah timbalan presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.


Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempat dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh.

Bekas kawan Anwar, Ezam Mohd Noor yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengepalai Umno untuk mengambil alih kekuasaan dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat senyap sendu tanpa diletak bertanding di mana-mana. Rupa-rupanya Umno tidak begitu bodoh sangat dan teruja dengan kepahlawanan palsu Ezam Mohd Noor.


Perletakkan Zul 9/10 itu adalah dipercayai untuk menjadi ulam muda kepada Pakatan Rakyat sungguh memalukan Umno khasnya Noh Omar yang sebelum ini cakap besar UBN akan tawan Selangor. Apakah Umno sudah kehabaisan tokoh di Selangor sehingga terpkasa membeli Zulkefli Nordin yang dianggap sebagai si anjing oleh orang PKR dan rakyat Kulim Bandar Baru. Sebelum ini dia ini menang atas tikit PKR di Kulim Bandar Baru kemudian melacurkan dirinya untuk hidup dengan Umno.

Keputusan mengambil ahli parlimen melindungi kepala botak dengan kopiah ini dan mengenepikan Ibrahim itu juga secara tidak langsung menempek Ibrahim yang merasakan dia begitu gagah dan pasti akan diberi laluan oleh Umno di Pasir Mas. Pengenepian Ibrahim itu menunjukkan beliau tidak lagi ada apa-apa nilai kepada Umno dan Najib Razak. Salakan hebata Ibrahim sebelum ini kononnya dia mampu menumbangkan Nik Aziz hanya sebagai salakan kumbang lilin semata-mata.

Keputusan yang dibuat itu pastilah mengecewakan Ibrahim Ali. Tidak dapat tidak si Salentia itu akan membuat tindakan susulan mengejutkan. Yang tentunya dia tidak ada pilihan lain lagi melainkan bertanding atas tikit Bebas di dalam pilihan raya ini yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru. Umno telah mengumumkan nama Timbalan Ketua Bahagian Johan Che Pa untuk calon parlimen. Manakala PAS pula kemungkinan akan menurunkan anak Tokguru Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberi kepenatan kepada Ibrahim. Apa yang berlaku di Pasir Mas mulai semalam ialah pelebaran linag lahad untuk mengambuskan jasab politik Ibrahim Ali.

Tidak mustahil sekiranya tidak ada pengkhiatan oleh Johan Che Pa, Ibrahim akan hilang wang pertaruhan. Peristiwa semasa pilihan rayta kecil Pengkalan Pasir tahun 2005 akan berulang kembali di mana Ibrahim akan dipolot dengan selut kekalahan sampai hilang pertaruhan. Kecualilah Johan Che Pa yang dikenali sebagai anak didik dan anak buah Ibrahim akan berkorban dengan melakukan pengkhianatan memberi laluan kepada Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan.

Apa pun usaha Johan atau sesiapa selepas ini untuk memenangkan Ibrahim ia akan dicop sebagai bajingan dan syaitan. Satu segi tindakan UBN tidak memberi laluan kepada Ibrahim seperti mana dilakukan kepada Zul 9.10 itu bagus. Ia memberi cabaran besar buat Mahathir Mohamad yang akan berkhemah di Pasir Mas untuk memenangkan Ibrahim Ali.

Kita ucapan selamat datang kepada Mahathir ke Pasir Mas untuk berhajat untuk membantu Ibrahim Ali. Pasir Mas akan menguji kekuatan dan pengaruh sebenar Mahathir dan juga Ibrahim Ali. Apa yang dapat dikatakan kalau Ibrahim tewas apa lagi sampai hilang wang pertaruhan malunya akan turut ditanggung oleh Mahathir Mohamad. Rasanya elok kalau libang lahad politik di Pasir Mas diluaskan untuk memuatkan dua jasad politik, Mahathir dan Ibrahim.

Kematian Ibrahim akan mengheret kepada kematian Mahathir juga. Dan kematian Mahathir di Pasir Mas akan memberi kesan kepada nasib anaknya Mukhriz di Kedah yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB. Apakah pilihan raya ke-13 ini akan hampak dan kohong dengan bangkai politik?

Manakala kepada Zul 9/10 yang telah bebrohong dengan saya di dalam dua masjid suci, selamat menjadi kacang panjang buat Khalid Samad di Shah Alam. [wm.kl.1:26 pm 16/04/13]


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP