Sebuah belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di Putrajaya hari ini.
Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi ini.
“Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya," kata kenyataan itu.
AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.
“Ini akan terus menjadi amalan kami dalam acara pada masa akan datang," katanya.
Pesta itu disertai 18 belon udara panas dari seluruh dunia.
- Bernama
Sunday, 30 March 2014
Belon udara panas buat pendaratan cemas
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a comment