Wednesday, 26 March 2014

MH370 - 'Mama, adik nak pergi dah...'

BERA - Kata-kata terakhir Khairul Amri Selamat, 29, yang dilafazkan kepada ibunya, Normah Jaafar, 56, sebelum berlepas ke Beijing, China dengan menaiki pesawat MAS MH370, 8 Mac lalu atas urusan kerja masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

"Mama, adik nak pergi dah..." Itulah kalimah terakhir yang diucapkan Khairul Amri.


Normah berkata, setiap kali ke luar negara, anak bongsunya itu akan menghubunginya  dan sering berbual panjang.

Namun sebelum kejadian, hanya itu sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Khairul Amri, dan sebaliknya dia yang banyak bercakap.

“Itulah yang saya ralat sangat. Dia cakap itu sahaja, memang tak cakap apa-apa dah.

“Tapi saya sudah bersedia untuk terima segala kemungkinan. Saya reda dan pasrah jika itu ketentuan-Nya,” katanya.

Menurut Normah yang juga Guru Tabika Kemas Kerayong Makmur, selepas mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri malam kelmarin menerusi televisyen, dia agak terkejut dengan berita itu, malah tidak menjangka penantian selama 17 hari bernoktah tidak seperti diharapkan.

Katanya, pihak MAS ada memaklumkan kepadanya untuk bersiap sedia segala kelengkapan atau keperluan untuk di bawa ke Perth, Australia pada bila-bila masa sahaja.

“Saya nak pergi ke sana. Kalau tak dapat melihatnya (Mohd Khairul Amri), dapat tengak lokasi pun cukuplah.

“Bohonglah kalau kata saya tak sedih. Tapi saya kena kuatkan semangat hadapi semua ini dan saya memang sudah bersedia untuk ke sana (Australia),” katanya ketika ditemui di kediamannya di  Taman Kerayong Makmur, dekat sini.

Normah turut ditemani adik kandungnya, Mohd Sabri, 45, serta isteri, Mastura Jantan, 45, berikutan beliau tidak boleh ditinggalkan bersendirian kerana masih mengalami gangguan emosi.

Turut menemani Normah ketika itu, Penyelia Kemas Daerah, Manila Abd Latif serta rakan sekerja termasuk jiran tetangga dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bera yang turut membacakan Surah Yassin yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kamping (JKKK) Felda Bukit Puchong, Muhammad Amin Sardi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP