PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Air Asia X telah digantung tugas selepas menghantar satu mesej awam di Facebook yang menafikan pesawat MH370 telah terhempas dan menunjukkan bahawa kerajaan telah menyembunyikan maklumat mengenai pesawat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan penggantungan itu lewat malam Selasa melalui Twitter, menyatakan bahawa penggantungan itu dibuat sementara menunggu siasatan terhadap pegawai berkenaan telah melanggar dasar syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani memberi jawapan penjelasan kepada Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan yang memberi komen terhadap 'post' Fernandes bahawa penggantungan itu diberikan bukan kerana dasar syarikat tetapi sebagai 'arahan khusus' berdasarkan sensitiviti persekitaran mengenai penerbangan MH370
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment