Sunday, 23 March 2014

Kajang - Anak Muda Bersama PR

KAJANG: Hari ini adalah hari terakhir berkempen bagi parti politik yang bertanding di N25 Kajang,  pelbagai usaha dan program yang diaturkan bagi memenangani pengundi di saat-saat akhir.

Bagi pemuda Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda Keadilan Ampang dan Pandan dengan kerjasama Pemuda PAS Sungai Sekamat mempunyai program tersendiri untuk meraih undi anak muda.


Petang tadi mereka mengadakan aktiviti santai yang diberi nama Longgok-longgok Anak Muda Sungai Sekamat.

Aktiviti yang singkat itu turut menyediakan khidmat menukar minyak hitam percuma bagi 100 biji motorsikal pertama.

"Kita hanya bagi khidmat ini kepada pengundi di Sungai Sekamat sahaja, paling tidak mereka boleh tukar minyak hitam yang berharga RM20 sebotol. Ini percuma," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Hulu Langat Abdul Hanim Abdullah.

Bukan itu sahaja mereka turut mengagihkan pisang goreng dengan resepi istimewa yang baru diperkenalkan iaitu pisang goreng bercoklat 'cheese'.

Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama- sama Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud turut tidak melepaskan peluang merasai resepi baru pisang goreng itu seterusnya mengagih-agih kepada pengundi.

"Saya dapat resepi baru yang tidak pernah saya cuba," Seloroh Dr Siti Mariah yang turut mengingatkan para pengundi agar keluar mengundi lebih awal.

Menurut Ketua AMK Cabang Ampang Daeng Mohd Ridhuan PKR yakin UPU Sungai Sekamat akan memberi undi kepada Wan Azizah berdasarkan culaan yang dibuat mereka.

Tambahan pula katanya, hasil kerjasama baik dengan PAS Sungai Sekamat memberi peluang besar untuk menang pada kali ini.

"Kita dapat kerjasama erat dengan PAS, culaan bersama kita target menang di UPU ini. Sebelum ini kita hanya harapkan PAS. Kali ini sokongan penuh PAS amat saya hargai," katanya ketika ditemui.

UPU Sungai Sekamat antara empat kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti 239 undi. Tiga kawasan lagi termasuk Sungai Kantan, Batu 10 Cheras dan Saujana Impian yang mana majoriti pengundinya adalah Melayu



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP