Tanpa petanda yang jelas tentang lokasi sebenar MH370, sebuah laman web melaporkan satu teori bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin mengetahui di mana sebenarnya pesawat tersebut, tetapi menyembunyikan maklumat itu untuk menutup kemampuan satelitnya, menutup kesilapan dan mungkin juga untuk mengelak pihak yang berkepentingan.
Teori ini disiarkan dalam Washington Post ketika usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) dengan 239 penumpang itu masuk hari ke 13.
"Kita sedang berurusan dengan organisasi tentera, dan mereka tidak mahu memberitahu anda, khasnya tidak jika ia akan kelihatan seperti mereka benar-benar kacau," kata Hans Weber, seorang perunding penerbangan yang berpangkalan di San Diego, dipetik sebagai berkata dalam artikel itu.
"Pihak tentera tidak mahu kelihatan buruk di negara sendiri. Saya fikir ada banyak insentif untuk tentera mereka untuk menutup kesilapan sendiri.
Walau bagaimanapun, dalam artikel tersebut tidak ada bukti tentang sesiapa yang tahu di mana pesawat itu, manakala tekanan daripada keluarga para penumpang dan anak kapal yang menuntut jawapan terus meningkat. – tmi
Thursday, 20 March 2014
Putrajaya tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment