LORI BAWA SISA NADIR BUMI LYNAS TERBALIK DI PAHANG
PETALING JAYA 22 Mac - Kerajaan tidak akan membenarkan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang beroperasi sekiranya bukti saintifik menunjukkan ia boleh membahayakan kesihatan manusia serta alam sekitar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana dalam apa jua keadaan, isu berkaitan keselamatan serta kesihatan rakyat tidak boleh dikompromi dan sentiasa berada pada kedudukan paling utama.
Atas asas itu juga katanya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi membolehkan sesi dialog dijalankan dengan pihak berkepentingan termasuk mendapatkan apa-apa bukti saintifik dan teknikal berkaitan dengan projek tersebut.
"Kita perlu berdialog dengan semua pihak terlibat sama ada di kalangan penduduk mahupun pihak-pihak yang menentang projek ini. Kita juga perlu mengetahui apa bukti saintifik dan teknikal yang menentang Lynas.
"Walau apa pun saya memberi jaminan kepada semua pihak, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemu bual di stesen radio 988 FM dalam segmen 988 Street VIP di sini hari ini.
Isu Lynas kembali menjadi perhatian masyarakat apabila kerajaan bersetuju menubuhkan PSC dan kemudian diluluskan penubuhannya di Dewan Rakyat, kelmarin.
Tugas utama PSC adalah untuk meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam serta standard keselamatan bagi projek kilang nadir bumi tersebut.
Isu mengenai Lynas mula tercetus apabila pihak pembangkang mendakwa operasi kilang tersebut boleh mengancam kesihatan penduduk serta alam sekitar.
Najib berkata, seperti dinyatakan sebelum ini sekiranya terdapat bukti kukuh bahawa operasi kilang Lynas boleh membahayakan kesihatan rakyat dan alam sekitar, kilang nadir bumi itu tidak akan dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun tegas beliau, apa jua isu berkaitan Lynas tidak harus dibincangkan secara emosi apatah lagi jika ia menjadi bahan politik.
"Isu Lynas ini sememangnya mempunyai kecenderungan untuk digunakan sebagai objektif politik dan inilah yang berlaku sekarang. Sebab itu kita memerlukan satu dialog dengan pelbagai pihak sebelum kerajaan membuat keputusan akhir. Kita tidak mahu soal alam sekitar seperti ini menjadi bahan politik," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, selain untuk mengetahui bukti saintifik dan teknikal, penubuhan PSC juga membolehkan kerajaan mengetahui pelbagai cadangan serta pandangan daripada rakyat.
Sumber - Arkib Utusan Malaysia
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment