Hari ini, keputusan yang saya buat tidak perlu lagi berdasarkan desakan rakan-rakan yang gilakan kuasa tetapi biarlah rakyat yang menjadi keutamaan dan rujukan saya. Saya sanggup ditekan oleh rakan-rakan parti dan hilang jawatan daripada melihat kesengsaraan rakyat Selangor. Saya berharap, dengan perjanjian projek Langat 2 yang telah saya tanda tangan baru-baru ini mampu menebus dosa akibat kegagalan yang telah saya lakukan sebelum ini. Negeri Selangor bukan milik saya dan bukan juga milik pemimpin parti yang lain, tetapi ianya adalah milik rakyat.
Mungkin anda tidak sedar yang hari ini terlalu ramai yang mahu menjadi ketua pemerintah di bumi kaya ini. Bumi Selangor yang penuh dengan industri adalah antara penyumbang ekonomi kepada Malaysia.
Saya sedar secara dalaman juga ada yang mendesak agar saya lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana sikap saya yang terlalu mementingkan tadbir urus negari berbanding parti. Jawapan saya mudah, Selangor bukan untuk Pakatan Rakyat mahupun untuk Barisan Nasional tetapi Selangor adalah hak milik watan Selangor. Jangan permainkan hak mereka kerana kepentingan peribadi.
Menolak bukan beerti menentang, tetapi pilihan harus dibuat untuk kesejahteraan bersama.
Saudara/saudari sekalian....
23 Mac 2014 bukan soal PR menang atau BN menang, tetapi ianya jauh daripada itu. Bukan saya mahu PR kalah dalam PRK ini, tetapi kekalahan PR barangkali boleh menyelamatkan amanah Rakyat Selangor selama ini. Saya tidak pasti sejauh mana rakyat Selangor sedar yang selama ini YB Azmin Ali yang sentiasa bermusuh dengan saya kerana beliau tidak diberi tempat dalam pentadbiran negeri Selangor. Pada saya, politikus bukanlah pentadbir yang baik kerana kepentingan parti menjadi keutamaan mereka berbanding rakyat.
Saya bersyukur apabila DSAI tidak lagi calon pada PRK Kajang. Bukan kerana saya suka beliau dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, tetapi paling tidak desakan untuk saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tidaklah begitu kuat. Namun beliau mengambil jalan dengan meletakkan Kak Wan sebagai calon PRK Kajang seperti tiada bezanya. Suara Kak Wan adalah bisikan DSAI.
Rakyat Kajang yang saya kasihi...
Pilihan ditangan kita, apa guna jika PR menang tetapi amanah yang diberi nanti akan terus dikhianati. Bukan saya bermaksud untuk menangkan BN, tetapi jika itu jalanya untuk kita menyelamatkan bumi bertuah ini pilihan yang terbaik harus difikirkan semasak-masaknya. Sekali lagi saya ingatkan, suara rakyat adalah suara keramat dan amanah rakyat amanah hikmat.
Janganlah kita membenarkan tangan-tangan ghaib untuk hancurkan harapan masa depan anak dan cucu kita. Ketepi kan sementara soal politik murahan sebaliknya utamakanlah kesejahteraan syumul negeri Selangor tercinta.
Demi Selangor...
[KHALID IBRAHIM]
Saturday, 22 March 2014
Terkini Kajang - Umno Hilang Punca, Surat Palsu Khalid Ibrahim Kini Disebarkan..
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment