Monday 29 July 2019

PELIK BILA AZMIN TERPEDAYA DENGAN PAS DAN UMNO





Semua tahu, sebelum PRU14 sewaktu PH menamakan Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, berbagai kenyataan dari Pas dan Umno yang memperlekehkan Tun M. Di kalangan parti KEADILAN sendiri ada dua tiga kerat pimpinan yang menyuarakan rasa tidak senang apabila Tun M dinamakan.

Pas pernah menyatakan negara ini akan rosak binasa jika Tun M menjadi PM semula. Hadi tanpa rasa malu sebagai seorang ulamak kononnya, memperlekehkan Tun M dengan menyatakan Tun M hanya layak menjadi doktor di klinik 1 Malaysia. Pemimpin Umno lebih hebat lagi menghina Tun M dengan menggelarnya orang tua nyanyuk dan sebagainya.

Di dalam KEADILAN waktu itu, pernah kita dengar Azmin selaku Timbalan Presiden menyokong Tun M sebagai PM? Tiada. Apa yang ada hanyalah suara-suara tidak puas hati dari beberapa orang kuat Azmin seperti Zuraidah. Ertikata lain, waktu itu tiada suara sokongan dari Azmin pun untuk menyokong Tun M sebagai PM. Mungkin beliau impikan namanya diangkat mengambil kesempatan Anwar di dalam penjara.

Hari ini, Azmin mengeluarkan kenyataan menyokong Pas dan Umno yang turut kononnya menyokong Tun M sebagai PM. Azmin sebagai orang lama dalam politik sepatutnya boleh membaca mengapa sekarang Pas dan Umno menyokong Tun M? Azmin bukan tidak tahu, Anwar lebih awal menyokong Tun M sebagai PM sewaktu beliau di dalam penjara lagi, disaat Azmin sendiri tidak mengeluarkan sokongan kepada Tun M.

Mengapa sewaktu Anwar dan KEADILAN mengeluarkan kenyataan menyokong Tun M, Azmin selaku Timbalan Presiden tidak mengeluarkan sokongan kepada kenyataan ini? Secara tiba-tiba sekarang, Azmin sokong kenyataan Pas dan Umno? Ada udang balik batu.

Tidaklah bodoh sangat kita untuk menjangkakan mengapa Pas dan Umno sokong Tun M sekarang ini, bukan dahulu lagi. Ini adalah kerana pertamanya mereka mahu wujudkan perpecahan di dalam PH. Keduanya, mereka amat takut Anwar jadi PM sebelum PRU15 kerana potensi Anwar untuk hancurkan Pas dan Umno amat besar sekali. Anwar seorang yang komited dengan agenda reformasi. Hanya dengan melaksanakan agenda reformasi sahaja bakal menguburkan pas dan Umno. Ini yang amat ditakuti oleh Umno dan Pas.

Mengapa Azmin turut menyokong strategi dan helah Pas dan Umno itu? Mudah saja, beliau mahu "nyawa" politiknya dipanjangkan. Hanya Tun M sahaja mampu memberi "oksigen" kepada beliau yang kini "semput dan nazak" dengan isu video Sandakan. Demi kepentingan diri, beliau sanggup menyokong Pas dan Umno sama seperti beliau pernah lakukan sewaktu beliau menjadi MB Selangor dahulu.

Cukup-cukuplah Azmin dengan sandiwara mu itu.

WFAUZDIN NS

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP