Sunday, 14 April 2013

Pemimpin Besar Umno Putrajaya Kaki Pukul Didedah

Hasrat Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini mungkin tidak akan kesampaian.

Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Adnan tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.

Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai calon Putrajaya.

Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.

Nama rakan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Zaki Zahid juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya.

Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon.

Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

Di sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Mahathir yang sibuk berkempen seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana.

"Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib Altantuya dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini," lapor akhbar itu.

Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, 'R' menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.

"Nampaknya Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke tangan "Sultan Muhammad Al Fateh Melenium" aka Husam Musa," tulis Presiden R5, Nazri Deraman.

Bagi beliau, kerisauan Mahathir ada sebabnya, kerana Adnan Mansor dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu. 

Bagi beliau, pengunduran Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Dilihat juga kenyataan almarhum Ustaz Fadzil Noor, bekas Presiden PAS yang mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dgn kekalahan Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri lagi.

"InsyaAllah kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia," kata Nazri.

Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.

"R menyokong penuh kesediaan Husam Musa untuk bertanding di Parlimen PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.

"Ayuh jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Mahathir dan mana-mana calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU," ajak Nazri kepada semua penyokong Pakatan Rakyat.

Semalam, portal Malaysiakini memberitahu seorang pemimpin kanan Umno kini didakwa mencederakan seseorang namun wartawannya, Aidila Razak enggan menamakan siapa pemimpin Umno tersebut.

Alasannya supaya pemimpin Umno tersebut menjelaskan sendiri apa yang berlaku kepada umum sebelum namanya disiarkan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP