Sunday 9 March 2014

24 Jam Berlalu, MH370 Masih Belum Ditemui

KUALA LUMPUR 9 MAC: Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.

Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.


“Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir MH370 berhubung pada jam 1.30 pagi.

“Pasukan mencari dan menyelamat masih belum mengetahui lokasi pesawat Boeing 777-200 yang hilang,” kata MAS dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Pasukan mencari dan menyelamat dari Malaysia, Singapura dan Vietnam terus giat meneruskan usaha mencari pesawat tersebut walaupun masih belum berhasil.

“Sehingga saat ini, mereka masih gagal menemui bukti bangkai pesawat.

“Misi laut akan diteruskan malam ini manakala misi udara akan bersambung pada sebelah pagi,” menurut kenyataan MAS itu.

Ketika ini, semua ahli keluarga terdekat penumpang sedang berkumpul dan sebaik sahaja pesawat tersebut ditemui mereka semua akan dibawa dengan pesawat khas ke lokasi.

“Sebaik sahaja pesawat itu ditemui, Malaysian Airlines akan menerbangkan ahili keluarga penumpang ke lokasi.”‎

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

- The Malaysian Insider


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP