Thursday 13 March 2014

MAS Sahkan Pesawt MH370 Dirampas?

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.


“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan.

Sinarharian

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP