Saturday 29 March 2014

Muhyiddin Bangga BN Menang Di Balingan

MUKAH - Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Balingian merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu juga menunjukkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian mahukan Barisan Nasional untuk terus membela nasib mereka.


"(Kemenangan) ini merupakan petanda cukup positif tentang pengharapan rakyat di Balingian dan tanda sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional," katanya selepas pengumuman keputusan PRK Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini malam ini.

Dalam PRK itu, calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo, menewaskan calon PKR Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi.

Yussibnosh, 48 memperoleh 8,194 undi sementara Abdul Jalil, 55, hanya mendapat 1,283 undi.

Muhyiddin berkata kemenangan ini juga begitu signifikan kerana BN berjaya mencatat majoriti terbesar di kawasan itu berbanding dengan pencapaian dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini.

Dalam pilihan raya negeri lepas, BN menang menerusi bekas Ketua Menteri Sarawak dan kini Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan memperoleh majoriti 5,154 undi.

Menurutnya kemenangan ini juga merupakan satu amanah besar kepada kerajaan Barisan Nasional dan beliau memberi jaminan segala yang telah dijanjikan semasa PRK Balingian ini akan dilaksanakan.

Sementara itu, Adenan berkata kejayaan BN menang di semua 21 daerah mengundidi Balingian termasuk dalam kawasan majoriti Cina menunjukkan penerimaan lebih baik rakyat.

"Masyarakat Cina telah bersuara. Kita pernah kalah di (kawasan) bandar Mukah dan kali ini berubah haluan pula.

"Kita bukan sahaja meningkatkan jumlahmajoriti undi tetapi kita menang buat kali pertama di kawasan bandar," katanya. - Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP