Friday 14 March 2014

Siling Hotel Concorde Shah Alam Runtuh



SHAH ALAM - Sebahagian siling lobi sebuah hotel ternama di Seksyen 9 di sini, yang sedang dalam pengubahsuaian, runtuh hari ini.

Usaha media mendapatkan maklumat lanjut kejadian itu bagaimanapun gagal apabila pekarangan hotel itu ditutup kepada orang ramai dan dikawal rapi.

Ketika didekati, pengawal keselamatan itu, yang enggan dikenali, hanya memaklumkan hotel berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi bagaimanapun berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.    - Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP