Wednesday 12 March 2014

Tragedi MH370 - Menteri Komedi Cap Ayam Buat Pusingan 'U'





Inilah Menteri cap kangkung, dulu sebelum keluar kenyataan tidak mahu periksa dulu apa yang berlaku terus main sergah ja.

Sembang bagai nak rak nak siasat pegawai imigresen yang bertugas semasa penerbangan MH370, Konon nak gantung tugas.

Salahkan imigresen kerana tidak peka dengan keadaan, bila DCA nafikan 2 orang penumpang yang terlibat dalam pemalsuan pasport dalam penerbangan MH370 bukannya asian looking baru padan muka hang.

Tambah perit lagi bila data pasport curi tidak terdapat dalam pangkalan data imigresen macam mana nak periksa dan apa yang nak diperiksa.

Kalau aku jadi pegawai imigresen pun pening nak periksa apa kalau tiada dalam pangkalan data.

Tiba-tiba semalam Zahid Hamidi yakin dengan kebolehan pegawai imigresen di kaunter penyemakan sebelum kejadian.

Kah kah kah hang dah ludah sekarang nak jilat balik, Itulah jadi Menteri jangan sombong, kaji dulu macam mana orang bawah buat kerja, siasat baru keluar kenyataan.

Masalah ini bukan sekadar faktor kesilapan imigresen semata-mata tetapi isu ini membabitkan keselamatan negara.

Dipetik dari - IdaMan



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP