KUALA LUMPUR 15 APRIL: 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)
Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.
"Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.
Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.
Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.
Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.
"Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.
"Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu," kata Anwar. - NSd
0 comments:
Post a Comment