ALOR SETAR: Rakyat Kedah perlu mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) kerana negeri ini tepu dan tidak membangun selama lima tahun ditadbir pembangkang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata pilihan raya umum ke-13 adalah masa terbaik rakyat menunjukkan ' jalan keluar' kepada pembangkang.
"Selagi mereka memerintah, kita akan terus tertinggal, tidak dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain yang maju.
"Sekarang mereka sedar ditolak rakyat secara perlahan-lahan. Untuk menarik semula sokongan, mereka guna bekas-bekas Jeneral dan artis. Ini adalah satu kesilapan kerana orang muda sudah cukup cerdik untuk menilai," katanya semasa berucap di hadapan lebih 1,000 orang yang membanjiri Dataran Kuala Kedah di pekan Kuala Kedah, dekat sini, malam tadi.
Turut memberi penerangan isu-isu semasa dari pentas atas sebuah lori ialah wakil-wakil parti komponen BN.
Mengenai pelaburan, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepanjang lima tahun mentadbir negeri ini kerajaan Pas Kedah langsung tidak berjaya membawa masuk pelaburan asing ke negeri ini.
- BERNAMA
Saturday, 6 April 2013
Adik Tauke Arak San Miguel Cuba Bodohkan Rakyat Kuala Kedah
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment