Wednesday, 17 April 2013

Gara-Gara Zul Noordin Bilik Gerakan BN Shah Alam Ditutup

Khabar gembira buat penyokong Pakatan Rakyat apabila Umno Shah Alam menerima tamparan hebat susulan daripada pengumuman Zulkifli Noordin sebagai calon BN semalam.

Dipercayai setakat ini, sekurang-kurangnya tiga bilik gerakan Umno sudah ditutup sejurus mengetahui Zulkifli dipilih untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad dari PAS.


"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," kata Khalid.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP